Thursday, December 23, 2010

AZAB KUBUR AKIBAT MENINGGALKAN SOLAT!

 


Assalamualaikum, 

Takutlah azab Allah yang menunggu bagi siapa yang meninggalkan solat.   Dua (2) gambar di bawah adalah gambar seorang remaja Oman yang meninggal dunia tak lama dulu. Walau bagaimanapun, remaja ini dikebumikan sebelum bapanya belum sempat bertemu dan menziarahi jenazahnya. Selepas 3 jam pengkebumian, barulah bapanya sampai.

Setelah sampai, bapanya minta untuk melihat anaknya untuk kali terakhir. Kuburnya kemudiannya digali semula. setelah digali, inilah rupa wajah dan keadaan jenazah anaknya.

Seluruh tubuh badannya mengalami lebam-lebam. seluruh tulang rusuknya pula patah. Rambutnya pula kelihatan telah beruban sedangkan baru 3 jam dikebumikan dalam keadaan remaja yang berambut hitam. Darah pula mengalir keluar dari mulut dan lubang hidungnya. Keadaan jenazahnya menunujkkan jenazahnya seperti mengalami siksaan dan tekanan yang dahsyat. Rambutnya yang beruban sudah menunjukkan dia mengalami tekanan yang dahsyat dalam masa 3 jam tersebut. 

Seluruh jemaah yang hadir amat terkejut melhat keadaan tersebut. Bapanya yang lebih terkejut melihat jenazah anaknya yang telah bertukar keadaan.

Tidak lama kemudian jenazahnya ditanam kembali. Setelah bapanya tenang, bapanya ditanya apakah yang berlaku pada anaknya. Bapanya menjawab dalam keadaan yang sayu, “semasa hidupnya, dia selalu meninggalkan solat“.

Marilah kita muhasabah diri kita yang terkadang leka dalam kesibukan hal dunia, sedangkan kita telah lama diperingatkan akan azab yang akan diterima oleh mereka yang meninggalkan solat. Atas apa yang telah diperlihatkan kepada kita, marilah kita sama-sama bertaubat dan beazam untuk menjaga hak solat yang telah difardhukan kepada kita ini. Dalam masa yang sama, kita juga bermohon supaya kita dihindarkan daripada menerima azab seperti ang kita saksikan ini. Wal' iya zubillah…
Wallahu a’lam…


cerpen - warkah dari baitul Atiq


alt






Orang ramai sudah memenuhi balai pelepasan. Kelihatan pelbagai perasaan dan luahan rasa tergambar di wajah masing-masing. Passport, tiket dan beg sandang yang mengandungi dokumen-dokumen penting aku pegang erat.
Ada seorang pak cik tua terkumat-kamit mulutnya di kerusi hujung. Wajahnya tenang sekali.
Sedang berzikir pastinya, telah aku.
Pakcik itu tersenyum padaku dan senyumannya ku balas ikhlas.
Tiba-tiba wajah walidku (ayahku) menjelma di ruang mata.
Ya Allah, di kala ini sungguh rinduku pada walid mendatang. Aku jadi sebak secara tiba-tiba. Ah! Walid.
Masih aku ingat saat di suatu petang itu, tatkala langit rembang kemerah-merahan, walid pulang tergesa-gesa lantas memelukku.
"Ziyad, walid dapat naik haji tahun ini!" Muka walid bercahaya sambil memegang surat daripada Tabung Haji.
Aku tidak terkata sambil membalas erat dan bertahmid perlahan.
"Alhamdulillah, akhirnya Allah sudi menerima walid sebagai tetamunya." Aku menahan sedu.
Lantas kakak-kakak dan abang-abang dihubungi. Malam esoknya, walid membuat kenduri kesyukuran. Seekor kambing tumbang sebagai tanda syukur pada Allah. Walid pula tidak lekang tersenyum dan kadang-kadang ada air bertakung di bola matanya.
"Abang, dah boleh masuk, mari." Isteriku tiba-tiba menghentikan lamunanku. Wajah walid hilang sebentar daripada pandangan.
Pesawat MAS 343 ditempah khas oleh Tabung Haji tahun ini untuk membawa jemaah ke tanah suci. Aku mengambi kerusi di tepi sekali, bersebelahan tingkap. Bertukar tempat dengan isteriku, gayat katanya. Al-Quran, untaian tasbih dan buku panduan haji aku keluarkan dari beg sandang sebagai bekalan perjalanan panjang. Tatkala pesawat mulai berlepas, seorang ustaz membacakan doa. Pramugara dan pramugari mulai sibuk memenuhi permintaan jemaah.
Alhamdulillah, paramugari nampaknya berbeza sekali pakaiannya kali ini. Mungkin bagi menghormati para penumpang yang akan ke Mekah. Kerap kali ke luar negara membuatkanku sudah terbiasa dan tidak mengalami masalah. Aku berbasmallah, bersyahadah, dan berdoa moga musafirku ini deredhai dan diterima Allah.
Kemudian, sambil megingatkan isteriku disebelah, aku memperbaharui niat. Aku kini sedang menuju ke rumah Allah. Sedang melangkah dengan penuh rasa hina bertemu tuhan, menunaikan rukun islam kelima di Baitullah Al-haram. Aku terus berdoa dan berdoa seraya meraup wajah.
“Ya Allah...terimalah kedatangan hamba Mu ini.”
Lampu pesawat mulai malap.
Mana mungkin aku lupa, betapa tidaknya walid begitu gembira. Bapa tunggal lima anak ini cukup cekal hatinya. Sanggup berkorban segalanya untuk kehidupan anak-anak hingga ke umur tua. Beberapa kali tawaran haji walid tunda semata-mata mendahulukan pengajian kami adik beradik. Hingga di hujung usianya, akhirnya dia diberi kesempatan daripada Allah untuk menunaikan rukun Islam ke lima ini. Perlahan aku keluarkan sampul surat dari celah buku panduan haji.
Tanpa ditahan, airmata mula mengalir deras. Inilah surat yang dikirim lewat Pak Cik Yahya daripada walid padaku beserta berita sedih yang menyentak jiwa. Walid kembali kepangkuan Allah ketika sedang bersujud di Hijr Ismail sewaktu menghabiskan Tawaf Wada'nya. Waktu itu aku masih ditahun akhir pengajian Kejuruteraan di UIA. Dalam samar-samar cahaya, aku membaca untuk kesekian kalinya surat tulisan tangan seorang guru itu sebelum kakiku menjejak tanah haram.
Assalamualaikum anakku Ziyad Ibrahim...
Harap Ziyad dan semua sihat dibawah jagaan Allah. Walid disini juga sihat dan gembira menunaikan ibadah.
Anakku, walid dapat merasakan bahawa walid akan tinggal lama di rumah Allah ini. Mungkin untuk selama-lamanya. Jadi walid menulis surat ini untuk menceritakan perasaan gembira walid dan kenangan paling indah walid menunaikan ibadah haji di Baitullah.
Moga nanti bila sampai masa Allah menerima Ziyad dirumah-Nya, Ziyad akan dapat beribadah dan merasakan manisnya bertemu dengan Allah seperti yang walid rasai.
Anakku Ziyad, dalam surah Al-Hajj, ayat ke 27 yang bermaksud:
"Khabarkanlah kepada sekalian manusia manusia itu untuk melakukan ibadat Haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta, meraka itu akan datang dari segala ceruk penjuru yang jauh". Walid juga berharap diampun segala dosa dan mendapat haji mabrur seperti hadis nabi “Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Anakku Ziyad, pada pagi hari tanggal 8 Zulhijjah, walid berihram untuk haji dari tempat tinggal walid dengan mandi terlebih dahulu, selepas itu memakai ihram. Terasa dada walid begitu berdebar untuk melaksanakan ibadah haji. Air mata walid tidak henti-henti mengalir ketika kami semua membaca kalimah talbiyyah. Labbaikallahumma Labbaik...Labbaikala syarikalabbaik....
"Aku sambut panggilan-Mu untuk menunaikan ibadah haji. Aku sambut panggilan-Mu Ya Allah, Aku sambut panggilan-Mu, Tiada sekutu bagi Mu. Sesungguhnya segala puji, kenikmatan dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi Mu....."
Kemudian walid bertolak ke Mina. Solat Zuhur, 'Asar, Maghrib dan Isya' di sana dengan mengqasar solat-solat empat rakaat. Apabila matahari telah terbit pada tanggal 9 Zulhijjah, walid mula menuju ke Arafah dan berdiam di sana sehingga matahari terbenam.
Sungguh waktu ini anakku, perasaan walid tidak dapat ditahan. Walid terbayang muka arwah ummi dan muka anak-anak walid semua. Terasa seperti sedang dihisab Allah di Padang Mahsyar. Tambah-tambah hari Wukuf jatuh pada hari Jumaat. Haji Akbar kata ustaz. Terasa Allah sedang berbicara dengan walid. Maafkan walid andai tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan sempurna anakku.
Ketika matahari mulai terbenam, walid tinggalkan Arafah dan menuju Mudzalifah. Walid tetap di situ untuk berdoa dan berzikir sampai mendekati terbitnya matahari. Walid mendoakan kamu semua. Semoga diberi kebaikan di dunia dan akhirat. Kemudian walid mula berjalan menuju Mina.
Di Mina, walid melontar jamrah Aqabah sebanyak tujuh kali dan bertakbir. Keadaan manusia sangat sesak. Hingga walid mengalami kesukaran bernafas. Namun Alhamdulilah, Allah mempermudahkan urusan walid. Walid terus melakukan korban dan mencukur rambut selepas itu.
Pada saat ini walid sudah boleh bertahallul dan memakai pakaian biasa. Walid meneruskan perjalanan ke Mekah dan membuat Tawaf Haji, seterusnya Sa'ie diantara Safa dan Marwah. Ketika walid terpandang akan Kaabah Assyarif, ada rasa sejuk menusuk dada walid.
Sekali lagi airmata walid tidak dapat ditahan. Perasaan ini tidak dapat digambarkan anakku. Ianya sangat mengharukan. Walaupun dengan kudrat walid yang tidak seberapa ini, walid masih dapat melakukan semua ibadah dengan baik, alhamdulillah. Walid kemudian kembali ke Mina dan melontar di tiga jamrah.
Dan saat walid menulis ini... walid agak tidak berapa sihat. Mungkin kerana tidak biasa dengan cuaca di sini. Walid sebenarnya sangat sedih meninggalkan Baitullah. Walid pasti sangat sedih ketika melakukan Tawaf Wada' nanti. Apabila selesai Tawaf wada' nanti walid akan menelefon Ziyad di Malaysia. Doakan walid sempat mengucapkan selamat tinggal pada Baitullah.
Ziyad anakku, maafkan segala kesalahan walid. Doakan walid mendapat haji yang mabrur. Walid sangat bersyukur dikurniakan anak-anak seperti kamu semua. Doakan walid di dunia dan di akhirat sana.
Ingatlah anakku, menunaikan haji itu ibadah yang yang membawa kita bertemu yang Esa. Membawa diri yang hina untuk bersujud dan menyerah diri pada Allah. Persiapkanlah diri kamu. Inilah diantara nikmat yang terbaik dikurnia Allah. Moga nanti Ziyad juga mendapat haji mabrur dan kemanisan dalam beribadah. Salam sayang daripada Walid Ismail untuk anaknya Ibrahim.
_Ismail Isa, Makkah Al- Mukarramah
"Encik, sekarang dah masuk waktu subuh," suara paramugari mengejutkan aku. Tertidur rupanya aku.
Surat walid aku dakap erat. Ada sisa air mata di pipi, lantas ku seka pantas. Isteriku disebelah sudah tiada, ke tandas mungkin. Surat walid aku cium dan masukkan ke dalam beg sandang.
Sekejap lagi pesawat akan tiba di Bir Ali dan aku akan mula berniat di situ. Maka bermulalah pengembaraan rohani ku bertemu Allah. Walid, tunggu Ziyad di sana.. di Baitullah Al-Haram...
RAB, 22 DIS 2010 23:30 | BUSYRAL HUDA | EDITOR: SALMA AHSANAN

Wednesday, December 15, 2010

cara nak jimat letrik


Jimat Elektrik
« on: 19 June, 2009, 12:27:52 AM »

:)

Antara perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemilik kediaman untuk menjimat penggunaan tenaga elektrik secara menyeluruh adalah dengan memastikan perkara berikut dilaksanakan:

1. Penggunaan Elektrik Secara Am

# Menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan (terutama pada plug).

# Membenarkan pengaliran udara semula jadi dalam rumah bagi menyejukkan ruang (mengurangkan penggunaan peralatan hawa dingin dan kipas).

# Mempraktikkan penggunaan tenaga yang cekap ketika menggunakan peralatan rumah.

# Memeriksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan. Kadar bintang yang tinggi bermakna penggunaan tenaga yang lebih cekap.

2. Penggunaan cahaya dalam rumah

# Gunakan mentol dan lampu jimat tenaga yang dapat menjimatkan penggunaan tenaga hingga 80 peratus.

# Menggunakan kadar cahaya lampu yang betul seperti ketika membaca menggunakan cahaya yang terang dan apabila menonton televisyen atau video, menggunakan lampu yang malap (dimmer)

# Menggunakan kadar watt yang rendah pada koridor, laluan tangga atau bilik stor kerana ruang ini tidak memerlukan cahaya sekadar untuk menerangi.

# Lampu kalimantang (fluorescent) biasa lebih menjimatkan, berbanding lampu pijar (incandescent).

3. Jenis Penggunaan Peralatan Dalam Rumah

Peti Sejuk

# Pilih kapasiti peti sejuk yang sesuai dengan penggunaannya. Jangan sesekali terpengaruh dengan membeli peti sejuk berkapasiti besar tanpa mempertimbangkan penggunaannya. Penggunaan tenaga lebih tinggi apabila kapasiti semakin besar.

# Elakkan terlalu kerap membuka dan menutup peti sejuk untuk menghindari udara dingin keluar.

# Jangan masukkan masakan panas terus ke dalam peti sejuk. Dinginkan terlebih dulu hingga mencapai kadar suhu ruang sebelum memasukkannya.

# Guna peti sejuk yang mempunyai tenaga cekap kerana ini boleh menjimatkan kos elektrik hingga 25 peratus.

Mesin Basuh Baju

# Pilih dan gunakan mesin basuh yang sesuai dengan kapasitinya. Mesin basuh yang digunakan melebihi kapasitinya akan mengakibatkan mesin terpaksa bekerja keras dan lebih cepat rosak.

# Pastikan jumlah kapasiti adalah penuh kerana jika dimasukkan separuh kapasiti, jumlah tenaga yang digunakan tetap sama.

# Gunakan fungsi pengering mesin basuh apabila perlu. Lebih baik mengguna sinar matahari untuk mengeringkan pakaian.

Alat Penghawa Dingin

# Pilih penghawa dingin dengan kapasiti yang sesuai mengikut keperluan dan keluasan ruang. Sebagai contoh, ruang bilik tidur seluas 3 X 4 meter adalah mencukupi menggunakan penghawa dingin berkadar 11/2 HP (kuasa kuda).

# Kadar suhu yang sesuai digunakan adalah antarar 22 hingga 24 celsius. Elakkan menggunakan paras suhu yang sangat rendah kerana memaksa alat penghawa dingin bekerja lebih berat.

# Pastikan ruang tertutup rapat agar suhu tetap terjaga dan elakkan elemen yang menghalang udara dingin keluar dari alat penghawa dingin.

# Alat penghawa dingin hendaklah diselenggara secara berkala setiap tiga bulan bagi mengekal kesejukan dan jangka hayat peralatan, terutama kompresor.

P/s: Disamping itu jangan lupa mengguna  produk HPA.Semoga kita sama2 beroleh manfaat. InsyaAllah. Layari: http://www.DuniaHerba.net/mazlan65

Monday, December 13, 2010

KAMPUS NEGERI UITM AKAN MENDAPAT STATUS UNIVERSITI


single
SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) is moving ahead with a proposal to upgrade all main state campuses to full-fledged universities.
Malaysia’s largest university will also grant autonomy to every branch campus under the ambitious project to enhance their management and improve the delivery of education.
Vice Chancellor Datuk Professor Dr Sahol Hamid Abu Bakar said UiTM would apply for full university status for its state campuses once the proposal is accepted by the Ministry of Higher Education (MoHE) and the Cabinet.

“The state campuses will make the transition one at a time, following which they will be renamed UiTM Perlis or UiTM Sarawak for example,” he told NST-UiTM Varsity Voice in an interview. 
Currently, UiTM is a single university with campuses in every state, with some states hosting more than one branch.
It is understood that the first branches slated for this exercise will be the larger campuses such as Arau in Perlis, Seri Iskandar in Perak, Dungun in Terengganu and Kota Samarahan based in Sarawak.

These four branches have been selected to hold their own convocations as the first step towards becoming universities.
When this happens, UiTM will become a group of affiliated universities governed by a system-wide body modeled after the University of Wales.

“Under this system, there will be a single Senate and Board of Directors with autonomy given to the respective financial, administrative and management departments of the branch campuses,” said Sahol.
Meanwhile, the position of campus directors will be changed to rectors while any new campuses will become a branch of the state university.
To complement the transition, he said UiTM would introduce new faculties and as many as 300 new programmes and courses.

Elaborating on the reasons behind the proposal, Sahol said: The university is huge with a total of more than 170,000 students and some 19,000 lecturers.”
“To manage it properly and smoothly, we need to give autonomy to the branch campuses so they can be more efficient and effective as an institution of higher learning.”

UiTM has already put in place a succession plan to train potential managers for the new universities.
The original idea for this proposal came from the Vice Chancellor while he was still in MoHE. The idea solidified after a discussion with the Minister.

“It now forms part of my vision to transform UiTM into one of the world’s top universities within 20 years,” added Saho
(Ed's Note: This article first appeared in Varsity Voice, a monthly publication jointly produced by the New Straits Times and Universiti Teknoogi MARA (UiTM) under the newspaper's Journalism on Campus project.) 

BY:Hanis Maketab and NurLiyana Isa
Read more: University status for state campuses http://www.nst.com.my/nst/articles/Universitystatusforstatecampuses/Article/#ixzz17wWLZpOw 

Thursday, December 9, 2010

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


Tuntutan Dhuha
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat
sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Berkata Abu Murrah
Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk  Aku di awal pagi,  niscaya Aku akan
mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara
faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan 
keperluan keduniaan manusia setiap hari.Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW
pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu
bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah,  tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh
berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah  (sebagai ganti) yang demikian itu dengan
mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”  (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :  ” Barangsiapa yang
menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak  dua rakaat tidak ditulis dia daripada
orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang
menunaikan nya sebanyak empat rakaat  ditulis akan dia daripada orang-orang yang
suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan
baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah
menulis baginya daripada orang-orang yang  selalu berbuat taat, barang siapa yang
menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai
didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai
pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada
seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya
sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Fadilat Dhuha
Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya,
antaranya dalam riwayat katanya:
1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak  tidur melainkan setelah mengerjakan
witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia
adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga  hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu
Hurairah  :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 2. Adapun kelebihan sembahyang 
Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “AnNurain” sabda Rasullullah SAW yang 
maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang  Dhuhanya nescaya diampuni Allah
baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”  (Riwayat Ibnu
Majah dan At-Tirmidzi).
4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah
SAW berkata:  “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua
belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Kaifiyat Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan
berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari
naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang
sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat
rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak
terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW
bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah
tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu
pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun.
Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.

Wednesday, December 8, 2010

the beauty of Holy Quran

RAHSIA SURAH AL KAUTHAR


RAHSIA SURAH AL KAUTHAR

Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu. 

Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wassallam


TQ : usrahjemaah anakmuda.