Thursday, December 9, 2010
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Tuntutan Dhuha
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat
sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Berkata Abu Murrah
Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan
mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara
faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan
keperluan keduniaan manusia setiap hari.Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW
pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu
bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh
berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan
mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang
menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada
orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang
menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang
suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan
baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah
menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang
menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai
didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai
pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada
seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya
sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Fadilat Dhuha
Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya,
antaranya dalam riwayat katanya:
1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan
witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia
adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu
Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) 2. Adapun kelebihan sembahyang
Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “AnNurain” sabda Rasullullah SAW yang
maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah
baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu
Majah dan At-Tirmidzi).
4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah
SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua
belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Kaifiyat Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan
berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari
naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang
sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat
rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak
terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW
bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah
tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu
pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun.
Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment