Wednesday, December 1, 2010

SEPULUH WASIAT AS SYAHID HASSAN AL-BANNA

SEPULUH WASIAT AS-SHAHID HASSAN AL-BANNA 

BACALAH, RENUNGLAH DAN AMALKANLAH! 
1.Bangunlah sembahyang apabila saudara mendengar azan, walau bagaimana pun keadaan sekalipun.... 
2.Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkan zikrullah dan jangan sama sekali saudara menggunakan masa untuk perkara yang tidak berfaedah. 
3.Berusahalah untuk bertutur di dalam Bahasa Arab yang betul kerana ianya merupakan salah satu syariat Islam. 
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak akan memberikan apa-apa faedah. 
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa tenang lagi tenteram. 
6.Janganlah banyak bergurau kerana para pejuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. 
7.Janganlah meninggikan suara daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakitkan hati orang. 
8.Jauhilah mengumpat peribadi orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah berkata melainkan perkara yang membawa kebaikan. 
9.Berkenal-kenallah dengan saudara muslim yang saudara temui sekalipun dia tidak meminta untuk berkenalan kerana asas dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih sayang. 
10.Kewajipan kita lebih banyak daripada waktu, oleh itu bantulah saudara mu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya. 

Okey tak rakan2 FB? Mari kita amalkaN.
TQ. to..
[SUMBER: MOHD FIRDAUS.]

No comments:

Post a Comment